Saturday, 30 June 2018

Pengambilan Buku Log Dan Borang Penilaian Kemajuan Latihan Industri


Perhatian kepada semua pelajar yang akan menjalani Latihan Praktik, Buku Log dan Laporan Kemajuan Latihan Industri Pelajar boleh diambil bermula 2 Julai 2018 (Isnin) di Pejabat Akademik Cempaka 3, Fakulti Undang-Undang.

PERHATIAN :

1) Pelajar dikehendaki mengambil sendiri buku log tersebut, tidak dibenarkan menghantar wakil untuk mengambil buku log tersebut. Pengambilan akan direkodkan.

2) Sila kembalikan Buku Log dan Laporan Kemajuan Latihan Industri Pelajar sebelum atau pada 31 Ogos 2018 (Jumaat)

3) Pelajar juga dikehendaki untuk membuat salinan buku log sebelum dikembalikan kepada pihak fakulti selepas tamat latihan praktik

4) Laporan Kemajuan Latihan Industri Pelajar boleh dihantar melalui serahan tangan ke Pejabat Akademik Cempaka 3, Fakulti Undang-Undang atau melalui pos kepada :

Puan Hamsiah Omar
Koordinator Latihan Praktik
Fakulti Undang-Undang
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor

No comments:

Post a comment